Thursday, November 10, 2011

Kaunseling Dari Perpektif Islam





Dalam konteks kaunseling Islam, keputusan atau pemilihan klien hendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi, dan ijmak ulama’. Ini disebabkan manusia yang bersifat lemah boleh membuat keputusan atau pilihan sendiri secara sedar dan terbuka, tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah. Dalam melakukan sesuatu, kita tidak boleh lupa daripada mengingati Allah. Allah yang kita sembah dan kepada-Nyalah kita meminta hidayat dan pertolongan. Sebagaimana firman Allah s.w.t :

Maksudnya:
Berdoalah kamu kepadaKu, nescayai Aku perkenankan doa permohonan kamu

Definisi kaunseling mengikut perspektif Islam menurut Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Suradi Salim

(1996) menyatakan kaunseling sebagai hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, yang seorang ialah kaunselor dan seorang lagi ialah klien. Kaunselor, melalui hubungan dan dengan menggunakan kemahiran khususnya menyediakan satu situasi dan suasana, apabila klien seorang yang normal dibantu memahami atau mengetahui masa hadapannya supaya dia boleh menggunakan sifat-sifat keperibadiannya dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat dan selanjutnya mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluannya pada masa akan datang.

Dari perspektif Islam, kaunseling keluarga merupakan proses membantu yang dilakukan oleh seorang kaunselor terhadap ahli keluarga yang mengalami konflik. Proses kaunseling yang terlibat masih sama dengan kaunseling individu. Namun apa yang membezakannya ialah proses membantu ini akan mengalami beberapa tahap awal seperti kaunseling individu bersama kedua-dua pihak yang berkonflik terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan konflik dari perspektif diri klien secara individu sebelum menyatukan mereka dalam satu sesi yang dipanggil kaunseling keluarga.

Tuesday, November 08, 2011

Kaunseling Kelompok Untuk Perokok




Pengenalan
Bahaya merokok pada kesihatan telah banyak didokumentasikan. Pemberhentian amalan ini merupakan salah satu kaedah pencegahan terhadap risiko pelbagai penyakit kardiovaskular dan pernafasan yang berkesan. Pembangunan sosial bukan telah membawa kepada banyak kemajuan hidup manusia, tetapi juga telah banyak menyumbang kepada perkembangan pola baru penyakit moden seperti kanser, penyakit jantung, kemalangan jalan raya, penagihan dan sebagainya. Merokok telah dilapor sebagai satu epidemik terutamanya bagi negara mundur dan negara membangun termasuk Malaysia, sedangkan di negara maju kadarnya terus menurun. Kempen projosi yang agresif oleh syarikat rokok secara disedari atau sebaliknya telah banyak mempengaruhi ke arah kecenderungan dependen ekonomi dan budaya sesuatu masyarakat pada industri rokok dan yang berkaitan.

Pelbagai kaedah telah dicuba, dikaji dan diguna bagi membendung dan modifikasi amalan ini.

Khatimun Nubuwah


Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:

Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;
  • Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
  • Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
  • Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.
Bagaimana?
Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.

Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Kamu Umur Panjangkah?



HENDAK tahu, panjangkah umur kamu? Berikut adalah hasil kajian terbaru mengenai tanda-tanda seseorang itu berumur panjang berdasarkan sains, ditambah tips bagaimana untuk tetap berada dalam sehat yang sebenarnya. Lebih kurang begini..

Ada 14 tanda-tanda ialah :-

Satu: Ibu kamu memiliki kamu ketika ia masih muda.
'Jika ia berumur di bawah 25, umur kamu mungkin dua kali ganda (dari 50) hingga 100 dibandingkan dengan seseorang yang lahir dari ibu berumur lebih tua', menurut pengkaji dari Universiti Chicago. Menurut mereka, ibu-ibu yang berumur muda memiliki sel telur keturuanan yang

Kaunseling & Kepimpinan







bullet5.gif (374 bytes) PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di

Pemilihan Kerjaya



    KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
    Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. 
    • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. 
    • Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. 
    • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
    MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
    Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. 
    • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. 
    • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.
    STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA
    1. Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
    2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
    3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.
Bimbingan dan Kaunseling SMKJP 2011 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome