Sunday, October 23, 2011

Kesedihan Merosakkan Badan

Segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini terjadi dengan qadha' dan takdir Allah s.w.t. Musibah yang kita terima seperti kematian orang yang tersayang adalah dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita. Namun dengan rintangan yang kita hadapi dalam hidup ini pasti akan menghadapi kesedihan. Janganlah kita banyak bersedih kerana kesedihan merosakkan badan.

Doktor Alexis Carlyle, pemenang hadiah nobel dalam bidang kedoktoran mengatakan: "Para
pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat."

Penyataan ini boleh diertikan: "Salah satu sebab yang menghancurkan tubuh dan membinasakan eksistensi diri

adalah keraguan dan ini benar."


Ada beberapa tulisan Doktor Edward Bodowlski dalam bukunya, 'Leave Worrying and Seek Betterment.' Berikut beberapa judul bab dalam buku tersebut.

        a. Apa kesan kesedihan terhadap jantung.
        b. Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kesedihan.
        c. Kesedihan boleh mengakibatkan rematik.
        d. kurangakn kesedihanmu demi pencernaanmu.
        e. Bagaimana kesedihan boleh mengakibatkan selsema.
         f. Rasa sedih dan kelenjar beguk.
        g. Korban penyakit gula (diabetes) dan kesedihan.

Kesimpulannya, kesedihan boleh mendatangkan banyak keburukkan kepada diri sendiri dari segi fizikal dan rohani. Dengan itu, cubalah atasi kesedihan anda.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit

Bimbingan dan Kaunseling SMKJP 2011 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome