Thursday, October 27, 2011

Profil Sekolah


SMK Jengka Pusat ditubuhkan kira-kira 31 tahun yang lalu,iaitu pada tahun 1979.Ketika itu tenaga pengajarnya hanya seramai 16 orang manakala bilangan murid seramai 236 orang. Pada awal penubuhannya SMKJP telah menumpang dibangunan sekolah rendah kebangsaan jengka pusat dan berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 1980.

Pada tahun 1981,anak sulung SMKJP seramai 240 orang telah menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran (SRP) dengan mencatat kelulusan 70%.
Pada tahun 1982,anak sulung SMKJP ini telah melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4.Seramai 61 orang murid mengikuti aliran sains manakala seramai 139 orang mengikuti aliran sastera.Jumlah pelajar ini berttambah pada tahun 1983,iaitu aliran sains seramai 66 orang manakala 145 orang pelajar aliran sastera.

Pada tahun 1993,dua kelas tingkatan enam bawah telah dibuka.Seramai 72 orang pelajar telah menduduki peperikasaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1994 dengan mencatat keputusan 100%.Pada tahun 1995,kelas aliran agama (KAA) telah dibuka bagi pelajar tingkatan satu.Kelas ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab untuk penilaian Menengah Rendah (PMR)

Seterusnya SMKJP telah melakar sejarah sekali lagi apabila pada 13 Julai 1998,Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka untuk pelajar-pelajar istimewa dan merupakan program menengah terawal di daerah Maran.Pada Awal pembukaannya,hanya terdapat 4 orang pelajar dan seorang guru sahaja.Pada tahun 2003,seramai tujuh orang pelajar istimewa ini telah menduduki peperiksaan PMR dan telah berjaya di Tingkatan empat.Pada tahun 2008,kelas tersebut telah mempunyai bangunannya sendiri bertempat di blok Kemahiran Hidup yang telah diubahsuai dan di lengkapi dengan pelbagai kemudahan.Sehingga kini,tena pengajar pendidikan khas telah bertambah kepada 9 orang dan dibantu oleh dua orang Pembantu Pengurusan Murid.Bilangan pelajar pula berjumlah 36 orang yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun.

Pada tahun 2006,SMKJP terpilih sebagai sekolah rancangan khas yang menawarkan dua buah kelas aliran agama (KAA) dan dua buah kelas rancangan khas (KRK) kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR yang cemerlang.Pada tahun 2006 juga,kelas tingkatan enam bawah aliran sains telah diwujudkan.

Pada tahun 2009,SMKJP telah dimasyhurkan sebagai Sekolah Bestari FELDA dan menerima peruntukan sebanyak RM30,000.00 daripada pihak FELDA.

Kini,SMKJP mempunyai 34 buah kelas bagi menampung pelajar seramai 656 orang mengikut data terakhir pada 1 Oktober 2010 dengan bilangan tenaga pelajar seramai 81 orang dan staf sokongan seramai 18 orang.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit

Bimbingan dan Kaunseling SMKJP 2011 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome