Tuesday, November 08, 2011

Pemilihan Kerjaya



    KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
    Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. 
    • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. 
    • Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. 
    • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
    MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
    Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. 
    • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. 
    • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.
    STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA
    1. Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
    2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
    3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.
    TEORI KERJAYA HOLLAND
    1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
    a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal. 
    b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa 
    dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan. 
    c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain. 
    d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek. 
    e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip. 
    f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan. 
    g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah  dan tradisional. 
    2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
    a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal,  tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak  popular. 
    b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan,  penyelesaian masalah, bekerja sendirian. 
    c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain,  dan bekerja dengan orang lain, kepimpinan. 
    d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah. 
    e. PEKERJAAN Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji  bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal,  juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer. 
    f. BIDANG PENGAJIAN Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains  komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains  Geoinformasi. 
    g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi. 
    3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)
    CIRI-CIRI Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
    a. SUKA Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, 
    muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja  bersendirian. 
    b. TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem  pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data. 
    c. ORIENTASI Berkarya, mencipta idea. d. PEKERJAAN Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli  muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan. 
    e. BIDANG PENGAJIAN Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik,  alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah. 
    f. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel. 
    4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
    a) CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, 
    bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, 
    memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan. 
    SUKA Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat. 
    TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik. 
    ORIENTASI Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan. d. PEKERJAAN Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi 
    BIDANG PENGAJIAN Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia. 
    PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel. 
    5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)
    a) CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular,  pentingkan diri, maskulin, bermotivasi. 
    b) SUKA Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran. 
    c) TIDAK SUKA Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi. 
    d) ORIENTASI Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain. 
    e) PEKERJAAN Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal. 
    f) BIDANG PENGAJIAN Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal. 
    g) PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip. 
    6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)
    a) CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh,  suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid bergantungan. 
    b) SUKA Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail. 
    c) TIDAK SUKA Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan. 
    d) ORIENTASI Manipulasi data dan sistematik. 
    e) PEKERJAAN Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan. 
    f) BIDANG PENGAJIAN Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan. 

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit

Bimbingan dan Kaunseling SMKJP 2011 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome