Thursday, October 27, 2011

20 Fakta Menarik Tentang Islam



Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
  1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.
  2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
  3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
  4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’a

Profil Sekolah


SMK Jengka Pusat ditubuhkan kira-kira 31 tahun yang lalu,iaitu pada tahun 1979.Ketika itu tenaga pengajarnya hanya seramai 16 orang manakala bilangan murid seramai 236 orang. Pada awal penubuhannya SMKJP telah menumpang dibangunan sekolah rendah kebangsaan jengka pusat dan berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 1980.

Pada tahun 1981,anak sulung SMKJP seramai 240 orang telah menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran (SRP) dengan mencatat kelulusan 70%.

Lencana Sekolah



Lambang buku dan obor membawa maksud ilmu pengetahuan boleh menerangi kehidupan
                  
Lima jalur membentuk bukit di kiri kanannya melambangkanKeutamaan terhadap Rukun Islam dan Rukun Negara

Lambang kelalang menunjukkan bahawa bidang sains diberi keutamaan

Tuesday, October 25, 2011

Telefon Bimbit Bukan Punca Barah: Kajian


LONDON: Telefon bimbit tidak meningkatkan risiko barah, lapor penyelidikan yang membabitkan lebih 350,000 responden oleh penyelidik Denmark yang disiarkan semalam.

Kajian yang didedahkan dalam laman web Jurnal Perubatan British, mencelah siri kajian lain yang memperoleh kesimpulan serupa.Saintis Institut Kajian Epidemologi Kanser di Copenhagen melihat mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun yang melanggan talian telefon bimbit dan membandingkan kadar ketumbuhan dalam otak dengan mereka tidak melanggan antara 1990 hingga 2007.

Anak Krakatau Dijangka Meletus Lebih Kuat




Gambar yang menunjukkan Anak Krakatau mengeluarkan asap mengandungi gas belerang baru-baru ini. – AGENSI

JAKARTA - Kekerapan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau semakin aktif sejak kebelakangan ini dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan ia akan meletus dengan lebih besar berbanding kejadian pada 2007.

Menurut laporan yang dikeluarkan pihak berkuasa, kemungkinan itu berdasarkan kepada kekerapan gempa dan pelepasan gas belerang di gunung itu.

Amalan Sunnah Sebelum Tidur




1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.

1 ) Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi



NASI merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh mereka yang sedang berdiet malah ada yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu karbohidrat. Tanpa mengetahui khasiat sebenar nasi, setengah daripada kita mengatakan 'makan nasi punca gemuk'.

Untuk yang 'mengharamkan' pengambilan nasi kerana nak diet, itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak tahu.



Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:

Sumber Tenaga Utama: 
Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak untuk berfungsi secara normal.

Avokado Sesuai Dijadikan Makanan Pertama Bayi


Sedia maklum bayi boleh diberi makan apabila umurnya mencecah 6 bulan. World Health Organization (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bayi dibawah 6 bulan hanya diberi susu ibu.

Mengenai makanan pertama bayi, ramai ibu-ibu mungkin tertanya-tanya “Apakah makanan pertama yang terbaik bagi bayi?” Banyak makanan yang terbaik buat bayi yang baru mula makan antaranya adalah buah Avokado. Avokado yang dilecek bersama susu ibu (Atau susu formula bagi bayi yang menyusu formula) adalah sangat sesuai dijadikan makanan pertama bayi kerana tekstrurnya halus dan rasanya yang berlemak. Ia sesuai bagi bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya

Lipas




Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tau beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.

1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. w...ow
3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas

Sunday, October 23, 2011

Kesedihan Merosakkan Badan

Segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini terjadi dengan qadha' dan takdir Allah s.w.t. Musibah yang kita terima seperti kematian orang yang tersayang adalah dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita. Namun dengan rintangan yang kita hadapi dalam hidup ini pasti akan menghadapi kesedihan. Janganlah kita banyak bersedih kerana kesedihan merosakkan badan.

Doktor Alexis Carlyle, pemenang hadiah nobel dalam bidang kedoktoran mengatakan: "Para
pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat."

Friday, October 21, 2011

Objektif Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Objektif  Unit  Bimbingan Dan Kaunseling

               
2.3.1          Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:
2.3.1.1 Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
2.3.1.2 Kemahiran belajar.

2.3.2          Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
2.3.2.1 Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
2.3.2.2  Ujian psikometrik.

Objektif KPM

Objektif  Kementerian Pelajaran Malaysia



1.      Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


2.      Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera

Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
1.                  Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2.                  Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3.                  Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
4.                  Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada

Piagam Pelanggan Sekolah

SMK Jengka Pusat bersedia dan berusaha :-

-          Memberikan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan bermutu melalui perkhidmatan yang cemerlang.
-          Membimbing par pelajar berkembang mengikut potensi yang ada untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR,SPM dan STPM melalui penghayatan budaya cemerlang , membantu pelajar

Visi dan Misi


Visi dan Misi  Kementerian Pelajaran Malaysia



VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010




MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi

Thursday, October 13, 2011

Kaunseling.... Untuk yang bermasalah ??



Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi
jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .
Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Bimbingan dan Kaunseling SMKJP 2011 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome