LONDON: Telefon bimbit tidak meningkatkan risiko barah, lapor penyelidikan yang membabitkan lebih 350,000 responden oleh penyelidik Denmark yang disiarkan semalam.
Kajian yang didedahkan dalam laman web Jurnal Perubatan British, mencelah siri kajian lain yang memperoleh kesimpulan serupa.Saintis Institut Kajian Epidemologi Kanser di Copenhagen melihat mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun yang melanggan talian telefon bimbit dan membandingkan kadar ketumbuhan dalam otak dengan mereka tidak melanggan antara 1990 hingga 2007.
“Kajian ini menyokong penyelidikan yang gagal mencari kesan memudaratkan penggunaan telefon di bawah pendedahan normal,” kata Pengarah Perubatan Fizik Hospital Britain Royal Berkshire dan Felo Institut Fizik dan Kejuruteraan Perubatan, Malcolm Sperrin. Pada Mei, Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia memutuskan telefon bimbit dikategori sebagai kemungkinan mendedahkan barah, meletakkannya sama kategori dengan plumbum dan kloroform. – Agensi
tapi bukan ke ade kajian yg ckp bleh mendatangkan barah>??
ReplyDelete