NASI merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh mereka yang sedang berdiet malah ada yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu karbohidrat. Tanpa mengetahui khasiat sebenar nasi, setengah daripada kita mengatakan 'makan nasi punca gemuk'.
Untuk yang 'mengharamkan' pengambilan nasi kerana nak diet, itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak tahu.
Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:
Sumber Tenaga Utama:
Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak untuk berfungsi secara normal.

