Wednesday, November 02, 2011

Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia dan Minggu Bahasa 2011 SMK Jengka Pusat

Pada 2 November 2011, sekolah ini telah mengadakan Program Membaca dan Minggu Bahasa peringkat sekolah. program pendek yang berlangsung ini bermula pada 7.20pagi di Dewan al-Falah SMKJP. Program ini dirasmikan oleh Pn. Hjh Hafidzah bt Jono (pengetua SMK Jengka Pusat). Program ini dianjurkan oleh Bidang Bahasa & PSS Gedung Za'aba. Majlis kali ini bertemakan PEMBACAAN PEMANGKIN 1 MALAYSIA.

Program Kem Membaca 1Malaysia dan bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang telah dilaksanakan di sekolah di seluruh negara semenjak tahun 2009 diteruskan lagi pada tahun ini. dalam konteks ini semua sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti pembacaaan yang sesuai, praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembangkan tabiat suka membaca dalam kalangan murid tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosio ekonomi.

Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) menjadi tunjang kepada penguasaan murid dalam aspek ketrampilan berbahasa. oleh itu menjadi tanggungjawab panitia dan PSS sekolah menjalankan aktiviti yang bersesuaian bersempena program berkenaan. semoga dengan perancangan yang dilakukan ini mencapai objektif yang telah dirancang.


OBJEKIF

I. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

II. Menyemai semangat daya saing sesama murid-murid.

III. memyemarakkan lagi budaya gemarkan membaca dan perpaduan kaum dalam kalangan murid.

TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi: Nyanyian Lagu Negeri Pahang - Lagu Negaraku

7.35 pagi: Bacaan Doa

7.40 pagi: Ucapan Pelancaran oleh Pengetua SMKJP

7.50 pagi: Tandatangan pelancaran pada kain rentang

8.00 pagi: Tayangan multimedia

8.15 pagi: persembahan pelajar - program pelancaran tamat


AKTIVITI KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Membaca 10 minit
Projek kitar semula
Pertandingan Pidato
Forum
Pantun
Sajak
Sahibba


LAGU BUDAYA MEMBACA

Semaikan dijiwa budaya membaca
Pasti bertambah ilmu yang ada
Bangsa dan usia bukan ukuran
Yang membezakan …….Kebijaksanaan

Korus
Bacalah bacalah mari membaca
Mudah dilakukan di mana berada
Bacalah dengan mata dan hati
Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan
Yang bermanfaat pilihan utama
Orang berilmu dipandang mulia
Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca
Jadikan membaca budaya kita ( 4 X )

Jadikan membaca … Budaya kita


LAGU MEMBACA GAYA WAWASAN



Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind

Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit

Bimbingan dan Kaunseling SMKJP 2011 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome